Tuesday, 22 December 2015

Saya Kembali

Hello Assalamualaikum! Puih cliche gila tajuk. Macamla ada orang tunggu. Puih lagi sekali. *lek tak ludah pun type je* LOL "je". 


Sebenarnya blog ni dari darjah 4 tapi dulu aku suka post merapu-rapu contohnya luahan hati yang tak berapa nak maced. Hihi biasala suka-suka. Paling active sekali darjah 4&5 gila weh kalau boleh hari-hari nak update. Bila naik darjah6 busy dengan upsr. Wah ((((busy)))) *thundering clap* Busy hapa lah tak straight A jugak. Takpa, Aku percaya pada takdir. Mungkin belum ada rezeki, rezeki Allah tu kan luas. Wah :') 

Aku blog ni sebenarnya tujuan untuk sibukkan diri ketika bosan& ketika excited nak cerita something tapi takda orang nak dengar so aku tulis lah blog. Hm hehehe. Oh ok aku bahasa kan diri sebagai "aku" sebab aku rasa macam best. Weh serious lah best?! yer best. Try lah LOL. 

Hm aku cuma nak cakap yang tahun depan aku dah form 3 :') WEH SERIOUS DULU HANG KECIK JA MAIN LARI LARI LOMPAT LOMPAT LANI BESAQ DAH TAHUN DEPAN EXAM LAH KAN?! Jangan cakap camni. Aku sepak satgi. Manusia semua membesar, mana ada hat mengecik, kalau ada habaq aku sapadia. Nak kaji. Ceh pulon. Yala tahun depan aku dah 15 tahun. Lek lah aku sendiri pun tak percaya, cepat ja masa berlalu. Hidup aku pun makin lama makin sukar. Wah sukar :') lek lah aku nak guna bahasa formal jap bukan selalu. Ngeh. Ok sambung. Start 2014, aku makin kenai dengan dunia. Aku makin sedar, perjalanan masih panjang, masa depan masih cerah, masih ada banyak masa untuk berusaha mengejar cita-cita wohooo! Gitu kau. 

Apa yang aku sedar, aku yang sekarang tak sama dengan aku yang dulu. Totally different. Yap. Siapa pernah baca blog aku dari tahun 2011 tau lah macam mana aku dulu :') Shhh lupakan semua tu. Afiqah Izzati yang itu dah lama hilang. Lama sangat. Well, aku lagi bahagia dengan kehidupan aku yang sekarang. I'm happy as long as I have Allah, Family&friends *emoji love love* Malangnya blog takda emoji. Kurang sikit feeling. Kahkah. Since aku keluar dari Convent, aku jumpa variuos type of people. Seriously. Dan aku macam terkena renjatan elektrik kejap. Kahkahkah. Perjalanan hidup aku agak menarik, kenal dengan orang yang pernah kenal orang yang aku kenal. Faham? Tak faham baca lagi sekali. Hahahaha. Ok contoh dia camni. Aku kenal A pastu aku jumpa B then sembang-sembang B ni kenal A dan aku jumpa C yang kenal dengan A dan B. Faham kot noh? 

Tadi aku cakap apa? menarik? Ya menarik lah. Tambah-tambah kes kawan. Kawan-kawan aku macam-macam jenis. Perangai sorang-sorang tak pernah aku expect kalau nak bandingkan dengan mula-mula aku kenal sorang-sorang. Jauh nau beza, Mula-mula muka baik suci gila weh :') HAHAHAHA. Ok dah. Pasal kawan ni maybe aku akan cerita pada next entri. Well, aku cuma nak isi masa lapang dengan menulis blog kembali. Siapa tak suka tak payah baca haku tak suruh baca puhn *sengau* That's all. Babai semua Assalamualaikum! Panjang umur tulis lagi.


Salam sayang,
Afiqah.

No comments: